Hana Jasmine : Seorang pelukis bebas dalam bentuk seni islam terutama karya kaligrafi moden dan kontemporari. Diharap, anda akan menyokong karya-karya yang Hana hasilkan. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke galeri maya Hana. Untuk sebarang pertanyaan mengenai harga atau tempahan custom, sila hubungi Hana melalui nombor telefon atau email [TEL: 019-3920937 EMAIL: hanaislamicart@gmail.com ]
Tuesday, May 8, 2012
PENGUMUMAN
Buat masa ini Hana telah menghentikan penerimaan tempahan Kaligrafi untuk sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Hana akan kembali dengan rekaan Kaligrafi yang baru serta lebih berkualiti. Segala Kesulitan amat dikesali. Terima Kasih
Wednesday, April 25, 2012
Kaligrafi 7 : Asma ul Husna (Ar-Rahman)
Kaligrafi 5 : Allah & Muhammad
Allah & Muhammad |
Kaligrafi : Allah & Muhammad
Saiz : 50cm x 50cm
Material : Canvas (Color boleh custom)
Harga :RM100
Harga :RM100
Kaligrafi 4 : Surah Al-Mulk ayat 19
Surah Al-Mulk ayat 19 |
"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembangkan sayapnya dan mengatupnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (Kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"
Kaligrafi : Surah Al-Mulk ayat 19
Saiz : 6kaki X 4 kaki
Material : Canvas
Harga :RM500
Harga :RM500
Thursday, April 19, 2012
Hana Jasmine Dalam Kosmo 18 April 2012
Kosmo 18 April 2012 |
Assalamuaikum dan Salam sejahtera.
Pertama sekali Hana ingin berterima kasih atas sokongan keluarga, rakan-rakan serta semua yang menyokong karya seni Hana Jasmine. Berkat doa kalian semua, Hana telah maju selangkah ke hadapan. Di harap kalian semua akan terus menyokong Hana dan mendoakan agar Hana akan lebih maju dan lebih tabah menghadapi semua rintangan dalam mengejar cita-cita Hana.
Hana juga akan terus berusaha untuk memenuhi segala permintaan daripada pencinta seni kaligrafi sekalian. InsyaAllah.
Wednesday, April 18, 2012
Salam Perkenalan
Assalamualaikum dan salam perkenalan.
Saya Hana Jasmine, seorang pelukis bebas dalam bentuk islamic art ataupun seni islam.
Hana bekas graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan seni reka tekstil, fakulti seni lukis dan seni reka, kini bekerja sebagai seorang pereka di sebuah syarikat rekaan.
Minat Hana terhadap seni islam ataupun dikenali sebagai kaligrafi ini bermula ketika Hana menuntut di UiTM semasa menjalani latihan industri selama 2 bulan di Kompleks Taman Seni Islam Selangor ataupun dikenali dengan Yayasan Restu. Di sana Hana mempelajari pembuatan lukisan berdasarkan seni islam dan melukisnya di atas kanvas. Sejak itulah Hana amat tertarik dengan penghasilan seni islam ataupun kaligrafi.
Hana terlalu baru dan masih cetek pengalaman dalam penghasilkan karya-karya seni islam ini, jika sesiapa yang ingin menegur ataupun memberikan cadangan sangatlah dialu-alukan. Untuk penghasilan karya kaligrafi ini, Hana akan membuat kajian sebelum menghasilkan sesebuah lukisan, batas-batas yang terdapat dalam seni islam seperti penggunaan warna yang terang tidak dominan, tiada unsur figura (rupa manusia) , mahupun fauna (haiwan), tidak digalakkan unsur-unsur tajam seperti ranting-ranting dan juga unsur pengulangan yang perlu dalam sebuah karya itu..
Bahan yang Hana gunakan adalah seperti kanvas, voxboard, water colour paper, acrylic, pelaka, soft pastel dan lain-lain lagi
Diharap, anda akan menyokong karya serta lukisan-lukisan Kaligrafi yang Hana hasilkan. Hana dahului dengan lafaz terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)