Assalamualaikum dan salam perkenalan.
Saya Hana Jasmine, seorang pelukis bebas dalam bentuk islamic art ataupun seni islam.
Hana bekas graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan seni reka tekstil, fakulti seni lukis dan seni reka, kini bekerja sebagai seorang pereka di sebuah syarikat rekaan.
Minat Hana terhadap seni islam ataupun dikenali sebagai kaligrafi ini bermula ketika Hana menuntut di UiTM semasa menjalani latihan industri selama 2 bulan di Kompleks Taman Seni Islam Selangor ataupun dikenali dengan Yayasan Restu. Di sana Hana mempelajari pembuatan lukisan berdasarkan seni islam dan melukisnya di atas kanvas. Sejak itulah Hana amat tertarik dengan penghasilan seni islam ataupun kaligrafi.
Hana terlalu baru dan masih cetek pengalaman dalam penghasilkan karya-karya seni islam ini, jika sesiapa yang ingin menegur ataupun memberikan cadangan sangatlah dialu-alukan. Untuk penghasilan karya kaligrafi ini, Hana akan membuat kajian sebelum menghasilkan sesebuah lukisan, batas-batas yang terdapat dalam seni islam seperti penggunaan warna yang terang tidak dominan, tiada unsur figura (rupa manusia) , mahupun fauna (haiwan), tidak digalakkan unsur-unsur tajam seperti ranting-ranting dan juga unsur pengulangan yang perlu dalam sebuah karya itu..
Bahan yang Hana gunakan adalah seperti kanvas, voxboard, water colour paper, acrylic, pelaka, soft pastel dan lain-lain lagi
Diharap, anda akan menyokong karya serta lukisan-lukisan Kaligrafi yang Hana hasilkan. Hana dahului dengan lafaz terima kasih.
No comments:
Post a Comment